Zaidi Ramli

Dato' Ustaz Mohd Zaidi Ramli ialah seorang pentadbir agama Islam dari Malaysia kelahiran Jempol, Negeri Sembilan. Beliau merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sejak 15 November 2018 sehingga 18 Februari 2024. [1]. Beliau merupakan Timbalan Mufti termuda yang pernah dilantik di Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2004 pada usia 33 tahun [2]. Beliau juga kini merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) [3] dan pernah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua YADIM pada 2017-2018.